Lantik 8 orang ahli mewakili kumpulan anda. Setiap 8 orang peserta perlu bermain BATU SEREMBAN. Setiap peserta perlu lengkapkan dari batu 1 sehingga batu 5.
TASK #4 Kumpulan anda telah dilantik menjadi duta kampung bagi mempromosikan keindahan kampung di mata dunia. Tugasan anda adalah untuk membuat 2 video berdurasi 2 minit untuk setiap video bagi promosi keindahan kampung & percutian kampung. Publish di akaun Tik Tok atau Facebook anda. Letakkan hashtag #teratakalqarni #percutiankampung #kampungrace Tunjukkan kepada urusetia untuk mendapatkan reward 70 mata .
Selamat datang ke Kampung Race ! Kampung Race adalah satu perlumbaan santai tetapi mencabar yang membawa anda menyusuri kehidupan kampung sebenar! Dalam masa 2 jam hingga 3 jam, anda dan kumpulan akan berlari, berfikir dan bergelak ketawa sambil menyelesaikan pelbagai tugasan menarik di beberapa checkpoint sekitar kampung. apa yang penting? Ia bukan sekadar hanya kerjasama, tetapi anda perlu berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain, anda perlu agihkan tugasan dengan baik, dan anda perlu atur masa untuk menyiapkan setiap task dengan baik, barulah menjadi kumpulan TERBAIK! Setiap checkpoint ada cabaran tersendiri – dari sukan rakyat, teka-teki kampung, cari barang tersembunyi, sehinggalah aktiviti berkebun atau main lumpur!, kadang-kadang kena pakai kain pelikat sambil berlari! Hehe..Gurau sahaja Baik, berikut adalah 9 task yang anda perlu selesaikan bagi memenangi permainan Kampung Race; BENDERA KEBANGGAAN SAYA (Paintball) SAYA ROBIN HOOD (Padang akt...
TASK #6 Keluarkan bola pimpong dalam paip putih yang disediakan dengan memasukkan air kedalam paip tersebut sehinggalah bola tersebut keluar dengan sendiri. Paip hendaklah sentiasa dalam keadaan menegak. Anda boleh menggunakan barang-barang yang ada disekeliling sebagai alat bantuan Syarat: Dilarang memasukkan paip ke dalam kolam. Dont play trick ya! Reward : 100 point
Comments
Post a Comment