SELAMAT DATANG KE KAMPUNG RACE!
Selamat datang ke Kampung Race ! Kampung Race adalah satu perlumbaan santai tetapi mencabar yang membawa anda menyusuri kehidupan kampung sebenar! Dalam masa 2 jam hingga 3 jam, anda dan kumpulan akan berlari, berfikir dan bergelak ketawa sambil menyelesaikan pelbagai tugasan menarik di beberapa checkpoint sekitar kampung. apa yang penting? Ia bukan sekadar hanya kerjasama, tetapi anda perlu berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain, anda perlu agihkan tugasan dengan baik, dan anda perlu atur masa untuk menyiapkan setiap task dengan baik, barulah menjadi kumpulan TERBAIK! Setiap checkpoint ada cabaran tersendiri – dari sukan rakyat, teka-teki kampung, cari barang tersembunyi, sehinggalah aktiviti berkebun atau main lumpur!, kadang-kadang kena pakai kain pelikat sambil berlari! Hehe..Gurau sahaja Baik, berikut adalah 9 task yang anda perlu selesaikan bagi memenangi permainan Kampung Race; BENDERA KEBANGGAAN SAYA (Paintball) SAYA ROBIN HOOD (Padang akt...