Selamat datang ke Kampung Race ! Kampung Race adalah satu perlumbaan santai tetapi mencabar yang membawa anda menyusuri kehidupan kampung sebenar! Dalam masa 2 jam hingga 3 jam, anda dan kumpulan akan berlari, berfikir dan bergelak ketawa sambil menyelesaikan pelbagai tugasan menarik di beberapa checkpoint sekitar kampung. apa yang penting? Ia bukan sekadar hanya kerjasama, tetapi anda perlu berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain, anda perlu agihkan tugasan dengan baik, dan anda perlu atur masa untuk menyiapkan setiap task dengan baik, barulah menjadi kumpulan TERBAIK! Setiap checkpoint ada cabaran tersendiri – dari sukan rakyat, teka-teki kampung, cari barang tersembunyi, sehinggalah aktiviti berkebun atau main lumpur!, kadang-kadang kena pakai kain pelikat sambil berlari! Hehe..Gurau sahaja Baik, berikut adalah 9 task yang anda perlu selesaikan bagi memenangi permainan Kampung Race; BENDERA KEBANGGAAN SAYA (Paintball) SAYA ROBIN HOOD (Padang akt...
TASK #7 Selesaikan silang kata ini dengan mencari 14 perkataan. SILANG KATA: KEHIDUPAN DI KAMPUNG 1. Tempat tanam sumber makanan. 2. Muzik malam hari di Kampung. 3. Rumah tradisional Melayu. 4. Binatang yang diternak untuk susu. 5. Aktiviti menangkap ikan. 6. Hasil tanaman kampung - manis. 7. Berduri & Diminati 8. Kenderaan roda dua yang biasa di kampung. 9. Tempat minum dan bergosip orang kampung. 10. Sayur yang tumbuh menjalar dan sedap dimasak lemak. 11. Sungai kecil di tepi kampung. 12. Alat muzik tradisional yang dipalu. 13. Alarm hidup 14. Permaisuri Buah REWARD : 30 mata
TASK #4 Kumpulan anda telah dilantik menjadi duta kampung bagi mempromosikan keindahan kampung di mata dunia. Tugasan anda adalah untuk membuat 2 video berdurasi 2 minit untuk setiap video bagi promosi keindahan kampung & percutian kampung. Publish di akaun Tik Tok atau Facebook anda. Letakkan hashtag #teratakalqarni #percutiankampung #kampungrace Tunjukkan kepada urusetia untuk mendapatkan reward 70 mata .
Comments
Post a Comment